EPL: Man City tundukkan West Ham 3-1

MANCHESTER: Raheem Sterling menjaringkan dua gol dan Fernandinho menambah satu lagi apabila Manchester City menikmati lima kemenangan dalam perlawanan sebanyak itu di bawah pengurusan Pep Guardiola, dengan kemenangan 3-1 ke atas West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad (28 Ogos).

Dengan kemenangan di tempat sendiri itu, City berada di tangga paling atas EPL, hasil perbezaan gol dengan Chelsea dan Manchester United, yang juga memenangi tiga perlawanan pembukaan EPL musim ini.

Setelah mendahului dengan dua gol dalam 18 minit pertama, City terpaksa bertahan dengan cemas sepanjan setengah jam terakhir apabila gol babak kedua oleh Michail Antonio mengurangkan jurang kepada 2-1.

Namun, Sterling akhirnya menjaringkan gol keduanya pada masa kecederaan.

Disebabkan kecederaan yang membelenggu West Ham, terutamanya ketiadaan perancang utama Dimitri Payet, penjaga gawang City, Willy Caballero - sekali lagi menggantikan Joe Hart yang berada di bangku simpanan - hampir menjadi penonton sahaja. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,231.240 +8.550