EPL: Man U mula dengan kejayaan, Liverpool kalahkan Arsenal

LONDON: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol apabila Manchester United menewaskan Bournemouth 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama Jose Mourinho sebagai pengurus pada Ahad (14 Ogos), manakala Liverpool menewaskan Arsenal 4-3.

Juan Mata dan kapten Wayne Rooney juga menepati sasaran di Bournemouth ketika United mencatat kemenangan mudah yang meletak mereka di atas liga selepas pembukaan musim ini hujung minggu lalu.

Philippe Coutinho menjaringkan dua gol apabila Liverpool bangkit daripada ketinggalan dek gol Theo Walcott di Stadium Emirates, dengan Adam Lallana dan Sadio Mane turut menemui sasaran bagi pasukan Jurgen Klopp.

Ibrahimovic kini telah menjaringkan gol dalam penampilan pertama di EPL, Serie A, La Liga, Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.

Paul Pogba, pemain yang United beli paSa harga rekod £89 juta ($133.70 juta) tidak bermain kerana digantung.

Penonton di Stadium Emirates disajikan dengan pesta gol apabila pasukan Arsene Wenger yang terjejas oleh kecederaan tewas dalam perlawanan pembukaan liga buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

Peminat Arsenal mengebu pasukan itu walaupun Alex Oxlade-Chamberlain dan Chambers mengurangkan kekalahan mereka kepada 3-4. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.