Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Manchester City belum tentu layak ke Liga Juara-Juara lepas seri 2-2 dengan Arsenal

May 09, 2016 | 07:17 AM



MANCHESTER: Gol penyamaan Alexis Sanchez pada minit ke-68, yang boleh menghancurkan harapan Manchester City untuk layak ke Liga Juara-Juara, membolehkan Arsenal mendapat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad pada Ahad (8 Mei).



Dalam perlawanan terakhirnya di padang sendiri sebagai pengurus City sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Pep Guardiola, Manuel Pellegrini melihat Kevin De Bruyne meletak City di hadapan semula selepas gol pembukaan City oleh Sergio Aguero diikuti oleh gol Olivier Giroud yang menyamakan kedudukan.



Tetapi gol Sanchez bermakna Pellegrini kini bergantung pada kelab tempat kelima, Manchester United, keciciran mata dalam dua perlawanan terakhir mereka - atau Arsenal tewas di tempat sendiri pada Aston Villa - untuk melihat pasukannya menamatkan musim ini di antara empat tempat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.



United berkunjung ke West Ham United pada Selasa sebelum menamatkan musim ini di padang sendiri menentang Bournemouth. Jika mereka menang kedua-dua perlawanan, dan Arsenal mengelakkan kekalahan menentang kelab tercorot Villa, Guardiola akan memulakan kehidupan di City sebagai pengurus sebuah kelab Liga Europa sahaja



Bagi Arsenal, kemenangan ke atas Villa dalam perlawanan terakhir Ahad depan akan menjamin tempat mereka di Liga Juara-Juara 19 musim berturut-turut dan mereka boleh menduduki tempat kedua EPL, menurunkan musuh setempat mereka, Tottenham Hotspur, di tempat ketiga. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >