EPL: Manchester City seri tanpa gol dengan Everton

UNITED KINGDOM: Manchester City mensia-siakan peluang merapatkan jurang dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila ia hanya berupaya seri 0-0 dengan Everton di Eastlands pada Rabu (13 Jan).

Seminggu selepas tewas 2-1 di Everton dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga, City sekali lagi dikecewa pasukan Merseyside itu.

Kegagalan menjaringkan di rumah buat kali pertama musim ini bermakna City kekal tiga mata di belakang Arsenal, sedangkan kemenangan akan meletak mereka hanya satu mata di belakang pendahulu liga itu.

City menguasai babak kedua dan ada masanya hampir berkhemah dalam kotak penalti Everton.

Tetapi dengan Tim Howard menjaga gawang Everton dengan cemerlang, kelemahan City dalam serangan apabila Sergio Aguero tidak menjaringkan gol sekali lagi terdedah.

Ini kali pertama City seri di rumah. Ia kini berada di tangga ketiga liga, sementara Everton di tempat ke-11. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.