Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Manchester United kalah 3-2 kepada West Ham

May 11, 2016 | 07:14 AM



LONDON: Manchester United mengalami serangan bas sebelum perlawanan dan kekecewaan selepas perlawanan kerana harapan mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan terjejas dek kekalahan 3-2 kepada West Ham United pada Selasa (10 Mei).



Selepas bas United dilempar dengan botol dalam perjalanan ke Boleyn Ground, mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului 2-1 melalui dua gol Anthony Martial setelah Diafra Sakho menjaringkan gol bagi West Ham pada minit ke-10.



Tetapi Michail Antonio menyamakan kedudukan dan kemudian Winston Reid memberi kemenangan kepada West Ham dengan gol pada minit ke-80.



Keputusan itu meletak United di tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bermakna mereka hanya boleh memintas Manchester City ke tempat keempat, dan layak ke Liga Juara-Juara, jika mereka menang di rumah apabila menentang Bournemouth pada Ahad dan City kalah di Swansea City. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >