EPL: Mourinho puji United walau seri 1-1 dengan Stoke City

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berkata pasukannya seharusnya menjaringkan enam gol, selepas menunjukkan "prestasi terbaik sepanjang musim" yang menyaksikan mereka seri 1-1 dengan Stoke City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad (2 Okt).

Kesilapan yang jarang dilakukan penjaga gol United, David de Gea, memberi Stoke satu mata, membolehkan ia naik daripada tangga paling bawah EPL.

Gol pertama Anthony Martial musim ini nampaknya memberi kemenangan United.

Tetapi usaha minit ke-69 beliau itu dibatalkan lapan minit sebelum perlawanan tamat oleh Joe Allen, yang menyumbatkan gol penyamaan apabila de Gea gagal menyelamatkan bola yang terbias daripada tendangan Glen Johnson.

Walaupun kehilangan dua mata, Mourinho berkata ia "prestasi terbaik United sepanjang musim" ini.

Pengurus Portugis itu menambah: "Ia jauh lebih baik daripada ketika menentang Leicester (United menang 4-1 minggu lepas). Ia boleh menjadi 3-0 atau 4-0 pada separuh masa pertama, 6-0 pada akhir permainan, tetapi keputusannya 1-1.

"Pemain dan saya telah melakukan segala-galanya. Saya melakukan perubahan, semua orang memberi lebih dan lebih tetapi hari ini kita boleh berada di sini sepanjang hari tanpa memenangi perlawanan." - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,011.080 +2.860