EPL: Newcastle kalahkan Norwich 6-2

NEWCASTLE: Georginio Wijnaldum menjaringkan empat gol bagi Newcastle United membelasah Norwich City 6-2 di St James' Park pada Ahad (18 Okt), kemenangan pertama mereka dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Wijnaldum salah seorang pemain pasukan Belanda yang gagal melayakkan diri ke Euro 2016 awal minggu ini, tetapi beliau mengetepikan kekecewaan itu dengan empat gol cemerlang yang melegakan sedikit tekanan ke atas pengurus Newcastle, Steve McClaren.

Ayoze Perez dan Aleksandar Mitrovic juga menjaringkan gol bagi Newcastle, yang akan menentang Sunderland, yang menggantikan mereka di tangga paling bawah liga, minggu ini.

Norwich ketinggalan 3-2 pada separuh masa pertama, setelah menjaringkan gol melalui Dieumerci Mbokani dan Nathan Redmond.

Walaupun memulakan babak kedua dengan permainan kukuh, Norwich akhirnya tunduk jua. Pasukan Alex Neil itu kini berada hanya tiga mata di atas zon penyingkiran di tempat ke-16. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.