Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Spurs jatuh ke tempat ketiga, di bawah Arsenal, lepas kalah 5-1 kepada Newcastle

May 16, 2016 | 07:24 AM



LONDON: TOTTENHAM Hotspur kalah teruk 5-1 kepada pasukan tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle, membuat mereka turun ke tempat ketiga di belakang pesaing sengit Arsenal, yang membelasah pasukan tercorot Aston Villa 4-0.



Prestasi Newcastle - dengan dua gol oleh Georginio Wijnaldum dan satu oleh Aleksandar Mitrovic, yang kemudian dibuang padang pada minit ke-67 kerana kekasaran buruk ke atas Kyle Walker - mungkin dapat memujuk Rafa Benitez supaya kekal sebagai pengurus mereka apabila mereka bersaing di Liga Kejuaraan.



Erik Lamela merapatkan kedudukan buat Spurs selepas sejam apabila mereka ketinggalan 0-2, tetapi Newcastle memulihkan kelebihan dua gol mereka melalui gol penalti Wijnaldum selepas Jan Vertonghen mengasari Moussa Sissoko.



Spurs, yang hanya memerlukan satu mata untuk menduduki tempat kedua dan di atas Arsenal buat kali pertama sejak 1995, terkejut apabila pengganti Rolando Aarons dan Daryl Janmaat menambah gol lagi dalam tempoh lima minit terakhir.



Arsenal menduduki tempat kedua dengan 71 mata, 10 mata di belakang juara Leicester, dan satu mata mengatasi Spurs.



Ia mendahului awal melalui Olivier Giroud dan penyerang Perancis itu menambah dua gol lewat untuk melengkapkan hatrik, sebelum gol sendiri pada masa kecederaan Mark Bunn memburukkan kesengsaraan Villa.



Leicester seri 1-1 di padang juara bertahan Chelsea, mengakhiri musim luar biasa bagi pasukan Claudio Ranieri itu.



Penalti pada babak kedua Cesc Fabregas untuk Chelsea kelihatan akan menimpakan kekalahan hanya keempat ke atas Leicester musim ini, tetapi Danny Drinkwater menyelamatkan pasukan itu dengan gol jarak jauh menakjubkan.



Manchester City seri 1-1 di Swansea untuk menduduki tempat keempat. Mereka memerlukan satu mata untuk memastikan tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan dan membuat permulaan sempurna apabila Kelechi Iheanacho meletak mereka mereka di hadapan selepas lima minit.



Swansea menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi sepakan percuma Andre Ayew.



Southampton naik ke tangga kelima dengan kemenangan 4-1 ke atas finalis Piala FA, Crystal Palace, tetapi harapan West Ham menduduki tempat enam teratas berakhir berikutan kekalahan 1-2 kepada Stoke City. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >