EPL: Spurs kalahkan Manchester City 2-1

MANCHESTER: Christian Eriksen menyambut ulang tahun ke-24 dengan gol kemenangan bagi Tottenham Hotspur, yang menewaskan Manchester City 2-1 di Stadium Etihad pada Ahad (14 Feb), dan kekal di tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs memecah kebuntuan pada minit ke-53 selepas pengadil Mark Clattenburg memutuskan Raheem Sterling memegang bola walaupun beliau berpaling semasa Danny Rose membuat hantaran dan bola seolah-olah tidak mengena lengannya.

Harry Kane mengambil tendangan penalti, memasuki bola melepasi Joe Hart.

Yaya Toure hampir menyamakan kedudukan untuk City apabila sepakan percumanya terkena palang pada minit ke-57.

Namun, kedudukan tetap terikat 1-1 tidak lama kemudian apabila Kelechi Iheanacho memanfaatkan hantaran silang Gael Clichy ke bumbung gawang Spurs.

Bagaimanapun, Eriksen memberi Spurs tiga mata apabila beliau menjaringkan gol pada minit ke-83 selepas menerima bola daripada Erik Lamela. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.