EPL: Swansea kacau impian Arsenal dengan kemenangan 2-1

LONDON: Impian Arsenal menjadi juara menerima satu lagi tamparan hebat pada Rabu (2 Mac) selepas kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Swansea, yang sekali gus memberi pasukan pelawat itu ransangan besar untuk bertakat di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal, yang kini di tempat ketiga, menguasai peringkat awal perlawanan dan mendahului pada minit ke-15 apabila Joel Campbell menjaringkan gol hasil hantaran Alexis Sanchez.

Swansea, yang menduduki tempat kelima dari bawah, menyamakan kedudukan selepas 32 minit apabila Wayne Routledge menolak masuk bola daripada Jack Cork, yang telah memecahkan pertahanan Arsenal.

Pada babak kedua, Arsenal hampir menambahkan gol dua kali melalui Sanchez, tetapi akhirnya penjaga golnya, Petr Cech, terlepas menangkap bola daripada satu hantara dan kapten Swansea, Ashley Williams, menjaringkan gol 16 minit sebelum perlawanan tamat. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.