EPL: Swansea, Stoke lega sedikit dengan kemenangan

LONDON: Ketua jurulatih Swansea, Paul Clement, memberi impak segera apabila pasukan barunya menewaskan Crystal Palace 2-1 di Selhurst Park dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Selasa (3 Jan).

Ia kemenangan pertama Swansea di tempat lawan dalam sembilan perlawanan, sekali gus menaikkannya daripada bahagian bawah liga.

Clement, bekas pembantu jurulatih Bayern Munich berusia 44 tahun, dilantik hanya beberapa jam sebelum perlawanan tersebut.

Sementara itu, gol oleh Ryan Shawcross dan Peter Crouch memberi Stoke City kemenangan 2-0 ke atas Watford, sekali gus meletak pasukan Mark Hughes itu sembilan mata di atas zon penyingkiran dan di atas lawan mereka itu dalam EPL.

Stoke, yang tidak menang dalam lima perlawanan terakhir liga mereka, mendahului apabila Shawcross memasukkan bola daripada tendangan sudut Charlie Adam pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Empat minit selepas babak kedua bermula, Crouch menjaringkan golnya. Ia menyusuli golnya semasa menentang Chelsea Sabtu lalu. Ini kali pertama Crouch menjaringkan gol berturut-turut dalam dua perlawanan EPL sejak Februari 2015. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:44
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,314.120 +20.990