EPL: Tendangan percuma Mata bantu Man U atasi Watford 1-0

LONDON: Sepakan percuma lewat Juan Mata memberi Manchester United kemenangan 1-0 ke atas Watford di Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu (2 Mac).

Pemain Sepanyol berusia 27 tahun itu menendang bola kencang dari 25m ke sudut kanan atas gawang pada minit ke-83, melegakan pengurusnya, Louis van Gaal, yang keputusannya menggunakan dua penyerang hampir memakan diri sendiri.

Anthony Martial yang baru pulih daripada kecederaan dikerahkan di depan bersama Marcus Rashford, pemain 18 tahun yang membuat permulaan cermelang bersama United dengan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan pertamanya, tetapi pasangan itu kelihatan tidak bertaring.

Penyerang Nigeria Watford, Odion Ighalo, terlepas tiga peluang keemasan pada separuh pertama dan pemain pertahanan Austria, Sebastian Prödl, melihat tandukannya diselamatkan Rashford di garisan, sebelum Mata akhirnya memecah kebuntuan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.