EPL: Tottenham kalah mengejut pada Southampton

LONDON: Steven Davis menjaringkan dua gol apabila Southampton bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pasukan tempat kedua Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad (8 Mei), di White Hart Lane.

Penyerang Son Heung-min gigih dalam membuka gol permulaan Tottenham di padang sendiri.

Namun, Southampton menyamakan kedudukan menerusi Davis, yang menolak masuk di bawah penjaga gawang Hugo Lloris.

Percubaan hasil tandukan pemain Tottenham, Jan Vertonghen, diselamatkan di garisan gol sebelum pemain tengah Davis menyumbatkan gol kemenangan Southampton.

Setelah mencabar kejuaraan EPL bagi sebahagian besar musim ini, Tottenham kini berada 10 mata di belakang juara Leicester, di tempat kedua dengan hanya dua mata di depan pesaing tempatan Arsenal. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.