EPL: Tottenham tundukkan Manchester City 2-0

LONDON: Rekod tidak pernah kalah pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir pada Ahad (2 Oct), selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur.

City ketinggalan kurang 10 minit selepas permainan bermula melalui jaringan sendiri Aleksandar Kolarov.

Spurs kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-37, apabila Son Heung Min menghantar bola kepada Dele Alli, yang tidak melakukan sebarang kesilapan dari jarak dekat.

Ia kekalahan pertama Guardiola dalam 12 perlawanan sebagai pengurus City, dan menyusuli keputusan seri 3-3 pertengahan minggu di Celtic dalam kejuaraan Liga Juara-Juara.

Dengan 17 mata, Tottenham kini satu mata di belakang pendahulu City selepas tujuh perlawanan dalam EPL. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,223.500 +0.810