Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Tottenham tundukkan Stoke 4-0, rapatkan jurang dengan Leicester

Apr 19, 2016 | 07:17 AM



LONDON: Harry Kane dan Dele Alli menjaringkan dua gol setiap seorang apabila Tottenham Hotspur menewaskan Stoke City 4-0 untuk kekal bersaing dengan Leicester City bagi menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Isnin (18 Apr).



Dengan kemenangan di Britannia Stadium itu, Tottenham mengurangkan perbezaan mata antaranya dengan Leicester kepada lima.



Pasukan pelawat itu menghasilkan permainan menyerang cemerlang dan mendahului selepas sembilan minit apabila sepakan melencung Kane mengalahkan penjaga gol Stoke, Shay Given.



Satu percubaan Christian Eriksen buat Tottenham mengena tiang gawang sebelum rehat dan pasukan itu membazirkan beberapa peluang sebelum Eriksen menghantar bola kepada Alli, yang menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-67.



Percubaan Alli kemudian terkena tiang walaupun pintu gawang kosong. Namun, Kane kemudian dengan tenang menjaringkan gol liga ke-24nya musim ini daripada hantaran Erik Lamela.



Alli melengkapkan kemenangan Tottenham dengan voli hasil hantaran bijak Eriksen. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >