Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: United, Chelsea seri 0-0 manakala Arsenal menang 2-0

Dec 29, 2015 | 08:16 AM



LONDON: Manchester United terus tandus kemenangan tetapi mereka memberi jurulatih Louis van Gaal sedikit kelegaan dengan permainan bersungguh-sungguh dan menarik yang berakhir dengan seri 0-0 dengan Chelsea pada Isnin (28 Dis).


Arsenal pula melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menewaskan Bournemouth 2-0 menerusi jaringan Gabriel dan Mesut Ozil untuk mendapat 39 mata daripada 19 perlawanan, satu mata di depan Leicester City, yang akan bertemu Manchester City, di tangga keempat, pada Selasa.


United menunjukkan niat menyerang dari awal, dengan percubaan Juan Mata dan Anthony Martial terkena palang gol dalam tempoh 16 minit perlawanan.


Kedua-dua pasukan mencipta peluang baik di seluruh perlawanan.


Dengan keputusan seri, United kini menduduki tangga keenam dengan 30 mata manakala Chelsea ke-14 dengan 20 mata.


Di Stadium Emirates, Arsenal kembali pulih daripada dibelasah 4-0 di Southampton Sabtu lalu dengan permainan meyakinkan yang mengesahkan keunggulan mereka dan memastikan kemenangan keempat dalam lima perlawanan liga.


Pasukan Arsene Wenger berada di depan apabila hantaran Ozil dimanfaatkan Gabriel untuk menjaringkan gol pertama Arsenal pada minit ke-27.


Ozil menyumbatkan gol kedua Arsenal pada minit ke-63 daripada hantaran Olivier Giroud.


Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, mencipta rekod baru EPL menjaga bola daripada bolos dalam 170 perlawanan, 162 daripadanya semasa bermain untuk Chelsea. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >