Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: United dan Tottenham menang, Liverpool seri

Sep 21, 2015 | 09:21 AM



PEMAIN remaja Perancis, Anthony Martial, setelah menjaringkan gol pada penampilan sulungnya buat Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), menambah dua gol untuk membantu pasukannya menang 3-2 di Southampton pada Ahad (21 Sep waktu Singapura).


Kemenangan di padang lawan itu menaikkan pasukan Louis van Gaal ke tempat kedua dengan 13 mata, dua mata di belakang Manchester City.


Graziano Pelle meletakkan Southampton di depan pada minit ke-13 tetapi Martial, menyamakan kedudukan 10 minit sebelum rehat.


Gol keduanya menyusuli apabila pemain pertahanan Jepun Southampton, Maya Yoshida, membuat tendangan belakang kurang cermat.


Juan Mata memberi United gol ketiga pada pertengahan babak kedua sebelum Pelle menambah gol pasukannya dengan menanduk bola hantaran Sadio Mane.


Sementara itu, Danny Ings menjaringkan gol pertamanya bagi Liverpool dalam masa tiga minit setelah masuk sebagai pemain gantian, tetapi Norwich City bangkit untuk seri 1-1 di Anfield.


Pasukan tuan rumah, yang menurunkan penyerang England Daniel Sturridge buat kali pertama sejak April, memasukkan Ings menggantikan Christian Benteke pada separuh pertama dan bekas pemain Burnley itu menjaringkan gol denda serta-merta.


Tetapi pemain pertahanan tengah Norwich, Russell Martin, menyamakan kedudukan selepas kesilapan penjaga gol Liverpool Simon Mignolet.


Liverpool kini ditangga ke-13, dua tangga di bawah Norwich tetapi mereka sama-sama mempunyai lapan mata.


Di White Hart Lane pula, Heung-Min Son menjaringkan gol untuk memberi Tottenham Hotspur kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace.


Tottenham kini di tangga kesembilan sementara Palace lapan. Kededuanya mempunyai sembilan mata. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >