Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: United tundukkan Stoke 3-0

Feb 03, 2016 | 08:20 AM



LONDON: Manchester United mengingatkan peminat mereka pada zaman keunggulan mereka yang telah berlalu selepas prestasi hebat memberi pemenang rekod 20 gelaran liga Inggeris itu kemenangan 3-0 ke atas Stoke City pada Selasa (2 Feb).


Jesse Lingard dan Anthony Martial menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan Wayne Rooney mengena sasaran selepas rehat, menjaringkan gol liga ke-99-nya di Old Trafford.


Kemenangan itu membolehkan United terus memburu empat tempat teratas, dan mengurangkan tekanan ke atas pengurus Belanda, Louis van Gaal.


Sebelum sepak mula, peminat memberi penghormatan pada pemain dan kakitangan kelab itu yang terkorban dalam nahas udara Munich, Jerman, pada 6 Februari 1958, dengan Stretford End mengibarkan bendera gergasi yang menunjukkan imej mangsa dan slogan terkenal "Kami tidak akan mati."


Selaras dengan falsafah sukakan cabaran yang membuat United memenangi banyak trofi di bawah bekas pengurus Alex Ferguson, mereka akhirnya kembali kepada corak permainan menyerang yang hilang di bawah Van Gaal. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >