Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Watford tundukkan United 3-1

Sep 19, 2016 | 07:46 AM



LONDON: Watford menambahkan kesengsaraan Jose Mourinho dengan menimpakan kekalahan memalukan ketiga berturut-turut Manchester United - 1-3 - dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage Road pada Ahad (18 Sep) malam.



United digegarkan oleh gol pembukaan oleh Etienne Capoue dan, walaupun Marcus Rashford menyamakan kedudukan selepas rehat, United menyerah pada babak akhir.



Juan Camilo Zuniga kembali meletak Watford di depan tujuh minit sebelum perlawanan berakhir, dan gol daripada tendangan penalti Troy Deeney membuat Mourinho mengalami tiga kekalahan berturut-turut buat kali pertama sejak 2002.



Ia juga kekalahan pertama United kepada Watford dalam 30 tahun.



Kini United ketinggalan enam mata di belakang musuhnya dan pendahulu EPL, Manchester City.



Keputusan: Sabtu - Everton 3 Middlesbrough 1; Ahad - Watford 3 Man United 1; Crystal Palace 4 Stoke 1; Southampton 1 Swansea 0; Tottenham 1 Sunderland 0. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >