EPL: West Ham bangkit untuk menang 3-1

DIMITRI Payet menjaringkan gol hebat daripada sepakan percuma dan Enner Valencia menjaringkan dua gol apabila West Ham United bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-1 di Bournemouth, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Selasa (12 Jan).

Bournemouth mendahului dengan gol melalui Harry Arter dalam perlawanan di Stadium Vitality kelab itu.

Kebangkitan West Ham itu memanjangkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan EPL kelab tersebut kepada lapan, dan membolehkan mereka memintas Manchester United untuk berada di tangga kelima liga.

Bournemouth kekal di tangga ke-16. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.