Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: West Ham kalahkan Wartford 3-1

Apr 21, 2016 | 07:41 AM



LONDON: West Ham menewaskan Watford 3-1 dalam perlawanan dramatik di Upton Park pada Rabu (20 Apr) untuk mengekalkan usaha mereka menyertai Liga Juara-Juara.



Andy Carroll menjaringkan gol keenamnya dalam enam perlawanan, dan Mark Noble menambah dua melalui penalti untuk meletak tuan rumah di depan dengan 3-0.



Sepakan penalti pertama diberi selepas José Holebas menjatuhkan Diafra Sakho, sementara Almen Abdi menumbangkan Michail Antonio, membawa kepada penalti kedua selepas rehat.



Sebastian Prödl menjaringkan gol untuk Watford, yang juga memperoleh penalti pada lewat perlawanan tetapi tendangan Troy Deeney diselamatkan.



Pada minit terakhir masa kecederaan, pemain sayap Watford, Nordin Amrabat, dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua.



West Ham kini kekal ditangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga mata di belakang pasukan tempat kelima, Manchester United.



Watford kekal di tangga ke-12 dan kini akan memberi tumpuan pada separuh akhir Piala FA menentang Palace di Wembley Ahad ini. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >