Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Wira baru bantu Man City kalahkan Swansea 2-1

Feb 06, 2017 | 07:47 AM



MANCHESTER: Manchester City memperbaharui harapannya dan mempunyai seorang wira baru. Permulaan menakjubkan Gabriel Jesus dalam kerjayanya di England berterusan pada Ahad (5 Feb).



Beliau menjaringkan dua gol untuk City menewaskan Swansea 2-1, sekali gus naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), dan memberi mereka kemenangan ketiga berturut-turut.



Jesus menjaringkan gol kemenangan dramatik City pada minit ke-92, dengan menendang bola masuk selepas Lukasz Fabianski menyelamatkan tandukan awalnya.



Beliau mengubah kekecewaan kepada kegembiraan, memberi City, yang kelihatan mula tidak rapi pada pertengahan musim, suntikan semangat.



Pemain dari Brazil itu menyumbatkan gol 11 minit selepas penampilan penuh pertamanya di padang sendiri. Jesus menendang bola masuk selepas Martin Olsson mencabar Raheem Sterling.



Gol beliau pada masa tambahan daripada hantaran David Silva lebih penting kerana Gylfi Sigurdsson telah menyamakan kedudukan bagi Swansea sebelum itu.



Dengan kemenangan itu, City naik di atas Arsenal dan Liverpool, yang masing-masing kini di tangga keempat dan kelima selepas kalah Sabtu lalu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >