Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Epson, Sinad Sports lancar kejohanan baru bagi pemain Bawah 15 dan Bawah 17 tahun

Jul 22, 2016 | 05:30 AM



EPSON Singapore dan Sinad Sports semalam melancarkan satu kejohanan baru - Epson Singapore Cup 2016 - yang dibuka pada pemain bola sepak muda Bawah 15 tahun (U15) dan Bawah 17 tahun (U17).



Juara bagi kededua kategori tersebut turut berpeluang mempertingkatkan lagi kemahiran mereka menjalani menjalani latihan di beberapa akademi bola sepak berprestij seperti Sekolah Bola Sepak Valencia CF (VCF) di Singapura dan Kelab Bola Sepak Matsumoto Yamaga di Jepun.



Kumpulan peserta bagi pertandingan tujuh sepasuk (7-a-side) itu juga boleh mengalu-alukan bimbingan profesional daripada jurulatih dan pemain bola sepak, menjelang dan semasa kejohanan.



Edisi pertama Epson Singapore Cup akan diadakan di Safra Tampines, dengan pusingan awal diadakan pada 3 dan 4 September.



Lapan kumpulan peserta terbaik bagi setiap kategori kemudian akan meneruskan pertandingan pada 10 September apabila pusingan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir diadakan.



Epson Singapore Cup merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat teknologi raksasa itu dalam usaha meluaskan jangkauan dalam komuniti tempatan melalui pembangunan belia.



Kata Pengarah Urusan pejabat serantau Epson di Singapura, Encik Toshimitsu Tanaka:



"Asal usul Epson adalah dalam sukan kerana mesin pencetak pertama Epson telah dikembangkan daripada alat percetakan yang kami mencipta untuk Sukan Olimpik 1964. Sejak itu, jenama kami berkait rapat dengan sukan."



Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Encik Zainudin Nordin.



"Kadangkala kami lupa tentang kepentingan mengusahakan hubungan dalam sukan. Pada saya, itulah unsur pertama usahasama ini. Ia menunjukkan bahawa orang sedang sentiasa mencari cara baharu menarik bakat. Dengan usaha seperti ini, kami boleh mengukuhkan bola sepak di Singapura," katanya.



Sebelum bermulanya kejohanan, Pengarah Teknikal Sekolah-Sekolah Bola Sepak VCF di Asia Tenggara, Gonzalo Sanz, dan jurulatih Geylang International, Hasrin Jailani, akan memberi bimbingan mengenai permainan tujuh sepasuk ini.



Pemain Geylang International pula akan bergilir-gilir memerhatikan, menasihati dan menyokong kumpulan peserta.



"Saya pasti terdapat ramai anak muda yang tidak mengetahui cara mengembangkan lagi minat mereka dalam bola sepak. Ini merupakan peluang baik bagi mereka mendapatkan pendedahan dalam sukan ini," ujar Hasrin, juga seorang bekas pemain pasukan nasional.



Maklumat lebih lanjut dan pendaftaran boleh dilakukan dengan melungsuri laman www.epson.com.sg/epsonsgcup2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >