Euro 2016: Albania perlu tunggu apakah layak mara lepas kalahkan Romania

LYON: Armando Sadiku menjaringkan gol pertama Albania dalam sebuah kejohanan utama dalam kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Romania pada Ahad (19 Jun), untuk menghidupkan peluang tipis mereka layak ke peringkat kalah mati 16 pasukan Euro 2016.

Sadiku menanduk masuk gol tunggal permainan di Lyon selepas 43 minit untuk membuat Albania, yang menyertai kejuaraan Euro buat kali pertama, menunggu cemas apakah mereka layak dari Kumpulan A sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.

Negara tuan rumah Perancis mara sebagai juara kumpulan selepas seri 0-0 dengan pasukan di tangga kedua, Switzerland, sementara Albania di tempat ketiga dengan tiga mata dan Romania tersingkir dengan hanya satu mata.

Penjaga gol Romania, Ciprian Tatarusanu, harus dipersalahkan bagi gol Sadiku sejurus sebelum separuh masa.

Bola hantaran Ledian Memushaj dari kanan disalah baca oleh Tatarusanu, yang berada di luar posisi, sekali gus membolehkan Sadiku menanduk bola masuk, membuat penyokong Albania tersorak besar di Stade de Lyon.

Albania, yang tewas 1-0 kepada Switzerland dan 2-0 kepada Perancis dalam dua perlawanan pertama mereka, perlu menunggu sehingga selesai pusingan akhir perlawanan kumpulan sebelum mengetahui apakah mereka layak ke peringkat 16 pasukan. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.