Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Belgium mara sedang Ibrahimovic undur

Jun 23, 2016 | 07:31 AM



NICE (Perancis): Kerjaya antarabangsa Zlatan Ibrahimovic berakhir dengan malap apabila Sweden tewas 1-0 kepada Belgium dalam perlawanan Kumpulan E Euro 2016 pada Rabu (22 Jun) dan gagal ke pusingan kalah mati 16 pasukan.



Tendangan baik Radja Nainggolan selepas 84 minit menghasilkan gol dan membawa Belgium ke pusingan kalah mati, di mana mereka akan menentang Hungary kerana menduduki tempat kedua kumpulan itu, yang dijuarai Italy.



Sweden berada di bawah sekali dengan hanya satu mata dan janji berani Ibrahimovic bahawa beliau tidak akan berakhir dengan kekecewaan ternyata silap.



Ibrahimovic cuba, tetapi sia-sia, memberi inspirasi kepada pasukannya dan satu golnya pada babak kedua dibatalkan kerana offside.



Belgium pula mempunyai mutu yang cukup untuk menangani serangan sekali-sekala Sweden dan mewujudkan peluang untuk diri sendiri. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >