Euro 2016: Croatia menang mengejut 2-1 ke atas Sepanyol

BORDEAUX: Ivan Perisic menjaringkan gol sensasi tiga minit sebelum tamat bagi membolehkan Croatia mengalahkan Sepanyol 2-1 dan mendahului Kumpulan D Euro 2016 di Bordeaux pada Selasa (21 Jun).

Dengan ini, Sepanyol akan menentang Italy di peringkat kalah mati 16 pasukan di Paris pada Isnin, mengulangi perlawanan akhir 2012.

Jaringan awal Alvaro Morata membolehkan Sepanyol bermula dengan baik, tetapi, walaupun ketiadaan pemain utama Luka Modric akibat kecederaan, Croatia bangkit untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Nikola Kalinic.

Kapten Sepanyol, Sergio Ramos menyaksikan penaltinya diselamatkan oleh Danijel Subasic 18 minit sebelum perlawanan berakhir.

Dan kegagalannya menjaringkan gol terbukti membawa padah apabila Perisic menendang masuk bola melepasi penjaga gawang Sepanyol, David de Gea.

Croatia akan menemui salah satu daripada pasukan tempat ketiga terbaik dalam peringkat kalah mati di Lens pada Sabtu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.