Euro 2016: England atasi Wales dengan gol masa kecederaan Sturridge

LENS (Perancis): Jamie Vardy dan Daniel Sturridge bangkit dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol apabila England bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan Wales 2-1 dalam perlawanan Euro 2016 pada Khamis (16 Jun) di Lens.

Sama seperti dalam kemenangan pembukaan 2-1 Wales ke atas Slovakia, Gareth Bale meletak pasukan Chris Coleman itu di depan dengan sepakan percuma jarak jauh yang penjaga gol England, Joe Hart, seharusnya dapat menyelamatkan tetapi menolaknya ke dalam gawang.

Vardy dan Sturridge masuk pada separuh masa kedua dan selepas Vardy menyamakan kedudukan pada minit ke-56, Sturridge menambahkan jaringan pada masa kecederaan.

Kemenangan itu meletak anak buah Roy Hodgson di tempat paling atas kumpulan tersebut.

Wales di tempat kedua, di atas Slovakia, dan perlu menewaskan Russia di Toulouse pada Isnin untuk layak ke pusingan 16 terakhir, atau kalah mati.

Keputusan seri menentang Slovakia di Saint-Etienne cukup untuk England melangkah terus. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.