Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Iceland mara dengan kemenangan saat akhir

Jun 23, 2016 | 08:10 AM



PARIS: Iceland meneruskan persembahan luar jangkaan mereka dalam Euro 2016 dengan melangkah ke pusingan kalah mati 16 pasukan pada Rabu (22 Jun), selepas menang 2-1 pada masa kecederaan ke atas Austria.



Pemain gantian Arnor ingvi Traustason menjaringkan gol dari jarak dekat pada masa tambahan selepas mendapatkan bola hantaran Elmar Bjarnasson yang melepasi benteng Austria semasa satu serangan balas kilat.



Gol itu menjamin tempat kedua Iceland dalam Kumpulan F, di belakang Hungary, yang menduduki tempat pertama hasil perbezaan gol.



Portugal di tempat ketiga dan mara ke kalah mati kerana menjadi salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik.



Austria tersingkir dengan hanya satu satu mata selepas tewas 2-0 kepada Hungary dan seri 0-0 dengan Portugal.



Negara paling kecil yang layak ke Kejohanan Eropah dalam sejarah, Iceland (jumlah penduduk sekitar 330,000) memulakan kempen dengan seri 1-1 dengan Portugal dan Hungary melalui paparan daya tahan dan akan menemui England dalam pusingan kalah mati. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >