Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Ireland Utara kalahkan Ukraine 2-0

Jun 17, 2016 | 07:49 AM



LYON (Perancis): Ireland Utara menang mengejut 2-0 ke atas Ukraine 2-0 dalam perlawanan Kumpulac C Euro 2016 pada Khamis (16 Jun), hasil jaringan Gareth McAuley dan Niall McGinn.



Kejayaan itu menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan 16 terakhir, atau kalah mati.



Tandukan terbang oleh pemain pertahanan veteran McAuley dan tendangan McGinn pada masa kecederaan di Stade de Lyon yang dilanda hujan batu memberi Ireland gol pertama mereka dalam peringkat akhir sebuah Kejohanan Eropah.



Setelah pulih selepas kalah 1-0 kepada Poland dalam perlawanan pembukaan, Ireland Utara kini mempunyai sebab untuk berusaha sekeras mungkin bagi mengalahkan juara dunia, Jerman, pada perlawanan terakhir kumpulan pada Selasa dan melangkah terus.



Ukraine kalah 2-0 kepada Jerman dalam perlawanan pembukaan dan kini perlu menewaskan Poland Selasa depan, dan berharap Ireland kalah teruk kepada Jerman, untuk mempunyai sembarang peluang mara ke pusingan kalah mati.



Kedua-dua pasukan bergelut dalam keadaan padang lecak akibat hujan batu dan pada minit ke-58 pengadil dari Republik Czech, Pavel Královec, memutuskan menghentikan permainan.



Namun, permainan disambung tiga minit kemudian. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >