Euro 2016: Jerman mara ke suku akhir dengan kemenangan 3-0

LILLE (Perancis): Jerome Boateng menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kemenangan 3-0 Jerman ke atas Slovakia di Euro 2016 pada Ahad (26 Jun), yang membawa juara dunia itu ke suku akhir.

Boateng menjaringkan gol lapan minit selepas penampilan antarabangsa ke-63nya dan selepas itu pasukan Joachim Loew tidak pernah menoleh ke belakang.

Mesut Ozil gagal menyumbatkan gol daripada satu tendangan penalti tidak lama selepas itu, namun Julian Draxler memberi bola untuk Mario Gomez menggandakan kelebihan itu dua minit sebelum rehat dan Draxler sekali lagi menjaringkan gol selepas sejam.

Jerman akan menentang sama ada juara bertahan Sepanyol atau musuh lamanya Italy dalam suku akhir hujung minggu ini. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.