Euro 2016: 'Muka baru' Iceland seri 1-1 dengan Portugal

ST ETIENNE (Perancis): Iceland menikmati penampilan pertamanya dalam kejuaraan besar dengan keputusan mengejutkan seri 1-1 dengan pasukan pilihan Kumpulan F Euro 2016, Portugal, pada Selasa (14 Jun).

Ia malam sengsara buat penjaring terbanyak Portugal, Cristiano Ronaldo, walaupun beliau menyamai rekod Luis Figo tampil 127 kali untuk negaranya.

Iceland menghasilkan prestasi biasanya, kerja keras, pada penampilan sulung dalam kejohanan utama dengan pemain sayap Birkir Bjarnason menyamakan kedudukan setelah Nani menjaringkan gol pembukaan bagi Portugal.

Prestasi penjaga gol Hannes Halldorsson menyelamatkan beberapa percubaan, ditambah dengan Ronaldo mensia-siakan beberapa peluang, merupakan faktor penting bagi Iceland.

Portugal, yang menguasa permainan pada separuh pertama, mendahului selepas gerakan satu dua antara Vieirinha dan Andre Gomes membolehkan Nani dengan mudah menjaringkan gol dari jarak tujuh meter.

Namun, diberi semangat oleh para peminat mereka yang mengaum, Iceland mendapat gol penyamaan dengan tiba-tiba pada minit ke-50 apabila Bjarnason memanfaatkan hantaran Johann Gudmundsson. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.