Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Paul Pogba bersinar sedang Perancis juarai kumpulan, Switzerland mara

Jun 20, 2016 | 07:07 AM



LILLE (Perancis): Paul Pogba bersinar dalam perlawanan sederhana apabila tuan rumah Perancis mendapat tempat teratas dalam Kumpulan A Euro 2016 selepas seri 0-0 dengan Switzerland di Lille pada Ahad (19 Jun).



Keputusan itu memudahkan kedua-dua pasukan kerana ia membolehkan Switzerland menyertai Perancis mara ke peringkat kalah mati 16 pasukan.



Tetapi Pogba, yang diselubungi kontroversi mengenai isyarat perbalahan yang didakwa dilakukannya sebelum perlawanan, menunjukkan persembahan terbaik dengan dua kali tendangannya terkena palang, sebagaimana dilakukan pemain gantian Perancis Dimitri Payet pada lewat permainan.



Sebagai juara kumpulan, Perancis akan menghadapi pasukan tempat ketiga Kumpulan C, D atau E di Lyon pada 26 Jun, manakala Switzerland akan menentang sama ada Jerman, Poland atau Ireland Utara sehari sebelum itu.



Walaupun misi mereka tercapai, kemenangan tipis ke atas Romania dan Albania serta kegagalan mengalahkan Switzerland bermakna Perancis mara tanpa menunjukkan persembahan hebat.



Ini kali pertama Switzerland mara ke peringkat kalah mati sebuah kejuaraan Euro. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >