Euro 2016: Perancis belasah Iceland 5-2 untuk temui Jerman di separuh akhir

PARIS: Olivier Giroud menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi apabila tuan rumah Euro 2016, Perancis, membelasah Iceland 5-2 pada Ahad (3 Jul) untuk menentang juara dunia Jerman dalam separuh akhir.

Giroud meletak Perancis di depan hanya selepas 12 minit dI Stade de France yang dilanda hujan, dengan Paul Pogba kemudian menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan ini untuk menggandakan kelebihan tuan rumah.

Dimitri Payet menyumbatkan gol dua minit sebelum rehat bagi membolehkan Perancis menguasai sepenuhnya dan Antoine Griezmann menambah gol keempat dalam serangan kilat yang menamatkan separuh masa pertama.

Iceland, yang menyingkirkan England 2-1 untuk mara ke suku akhir, menjukkan satu lagi persembahan tidak pernah putus asa.

Kolbeinn Sigthorsson dan Birkir Bjarnason masing-masing meraih gol sagu hati pada babak kedua - diselangi gol kelima Perancis oleh Giroud - tetapi Iceland tidak dapat mengatasi penguasaan tuan rumah.

Pasukan Didier Deschamps akan menentang Jerman di Marseille pada Khamis untuk merebut tempat dalam perlawanan akhir, manakala Iceland akan pulang sebagai wira selepas prestasi luar biasa dalam penampilan sulung mereka dalam sebuah kejohanan utama. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.