Euro 2016: Perancis ke suku akhir lepas bangkit kalahkan Ireland

LYON: Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berkata pasukannya bermain lebih baik apabila mereka "gila sedikit" selepas ketinggalan satu gol dan bangkit untuk menewaskan Ireland 2-1 pada Ahad (26 Jun), sekali gus melangkah ke suku akhir Euro 2016.

Pasukan tuan rumah itu bermula dengan keadaan paling buruk apabila penyerang Ireland, Shane Long, terjatuh dek Paul Pogba untuk memberi Ireland penalti selepas hanya 90 saat.

Robbie Brady menjaringkan gol daripada tendangan penalti itu.

Tetapi dua gol oleh Antoine Griezmann dalam separuh masa kedua, yang menyaksikan Perancis bermain jauh lebih baik, membuktikan keunggulan pasukan itu dalam perlawanan di Stade de Lyon.

Perancis akan menentang pemenang perlawanan antara England dan Iceland malam ini (27 Jun) dalam suku akhir di Stade de France Ahad depan. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.