Euro 2016: Perancis mara ke final lepas tewaskan Jerman 2-0

MARSEILLE: Antoine Griezmann menjaringkan dua gol pada Khamis (7 Jul) bagi Perancis menewaskan juara dunia Jerman 2-0 dan mara ke perlawanan akhir Euro 2016 menentang Portugal.

Setelah menyempurnakan sepakan penalti kontroversial pada separuh masa pertama selepas bola terkena tangan Bastian Schweinsteiger, Griezmann memastikan kemenangan tuan rumah itu tendangan cantik pada separuh kedua.

"Kami merana tetapi kami menyingkir mereka," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps, selepas perlawanan yang dikuasai Jerman itu.

Kemenangan di Marseille itu bermakna pasukan Les Bleus akan bertemu pasukan Portugal yang diterajui Cristiano Ronaldo pada perlawanan akhir di Stade de France.

Ia juga membuat Griezmann menjadi penjaring terbanyak dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah itu dengan enam gol.

Ini kemenangan pertama Perancis ke atas Jerman dalam pertemuan kelima mereka dalam peringkat akhir kejuaraan utama. - AFP inutes.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.