Euro 2016: Poland tundukkan Ireland Utara 1-0

NICE (Perancis): Penyerang Poland, Arkadiusz Milik, mematahkan hati Ireland Utara pada Ahad (12 JUn) selepas menjaringkan gol dalam kemenangan 1-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Euro 2016 mereka di Nice.

Poland tidak pernah memenangi sembarang perlawanan dalam Kejohanan Eropah sebelum ini, dengan tiga seri dan tiga kekalahan dalam dua penampilan lalu, pada 2008 dan semasa menjadi hos bersama Ukraine pada 2012.

Sekarang mereka boleh mengharapkan perlawanan sengit dengan jiran mereka Jerman di Stade de France pada Jumaat, dengan harapan memasuki peringkat 16 pasukan.

Pada hari bintang paling cemerlang Poland, Robert Lewandowski, disekat oleh Ireland Utara, pemain lain pasukan itu berfungsi dengan berkesan, dengan pemain tengah Sevilla Krychowiak paling bersinar dalam peranannya sebagai perancang, yang menjadikan beliau pemain terbaik perlawanan tersebut.

Keputusan perlawanan itu menjejas harapan Ireland Utara sebelum kejohanan untuk mara daripada sebuah kumpulan sukar sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Ia kini mempunyai perlawanan genting menentang Ukraine di Lyon pada Jumaat. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.