Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Romania dan Switzerland seri 1-1

Jun 16, 2016 | 08:07 AM



PARIS: Lima hari selepas Romania tidak dapat bertahan untuk seri dengan Perancis, mereka tidak dapat bertahan untuk menang ke atas Switzerland pada Rabu (15 Jun) dalam perlawanan kedua Euro 2016 mereka.



Pertahanan Romania, yang terbaik semasa pusingan kelayakan, kini mendapati sukar membendung lawan dalam pusingan akhir, di pentas besar.



Sebenarnya, pengurus Romania, Anghel Iordanescu, meletak barisan depan yang lebih bercorak menyerang di Parc des Princes, dengan menurunkan pemain sayap pantas Alexandru Chipciu dan Gabriel Torje.



Romania mendahului melalui Bogdan Stancu menerusi tendangan penalti apabila kapten Switzerland, Stephan Lichtsteiner, dihukum kerana menarik jersi Chipciu.



Stancu tergelincir semasa menendang tetapi bola tetap masuk.



Tetapi ia tidak mencukupi untuk memberi pasukan itu tiga mata.



Switzerland - lebih unggul dari segi posesi, percubaan ke pintu gawang, dan percubaan tepat pada sasaran - menyamakan kedudukan pada minit ke-57.



Admir Mehmedi menjaringkan gol melalui tendangan sangga daripada bola sepakan sudut.



Dalam Kumpulan A ini, Perancis telah menempah tempat di pusingan 16 terakhir, setelah mengalahkan Albania, dan kini setiap satu dariada tiga pasukan lain - Romania, Switzerland dan Albania - mempunyai peluang mengambil tempat kedua. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >