LYON (Perancis): Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, berkata bahawa beliau berharap dapat "menitiskan tangisan kegembiraan" pada final Euro 2016 nanti selepas menjadi inspirasi kemenangan 2-0 ke atas Wales di pusingan separuh akhir di sini dinihari semalam.
Menggalas tugas sebagai kapten pasukan negaranya, Ronaldo membuka tirai jaringan dengan satu tandukan cemerlang pada minit ke-50 sebelum membuat satu umpanan cantik untuk rakan sepasukan, Nani, bagi gol kilat kedua tiga minit kemudian yang memusnahkan impian Wales.