Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Euro 2016: Ronaldo cipta rekod, bawa Portugal ke kalah mati

Jun 23, 2016 | 07:16 AM



LYON: Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol cemerlang pada Rabu (22 Jun) untuk mencipta sejarah Kejohanan Eropah dan menyelamatkan Portugal dalam seri 3-3 yang membawa mereka ke pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016.



Pemain Real Madrid itu menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat pusingan akhir Kejohanan Eropah dan perlawanan ke-17 beliau dalam kejohanan Euro juga merupakan satu rekod.



Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan gol pertamanya dengan bergaya dengan tendangan tumit cekap pada minit ke-50 minit, diikuti dengan tandukan tajam 12 minit kemudian untuk dua kali menyamakan kedudukan di Stade de Lyon.



Keputusan itu menjadikan Hungary juara Kumpulan F. Portugal mara sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik, tetapi kini berdepan dengan perlawanan sukar menentang Croatia.



Iceland di tempat kedua.



Kapten Hungary, Balazs Dzsudzsak, sepadan dengan Ronaldo dengan menjaringkan dua gol pada babak kedua.



Sebelum itu, Hungary mendahului apabila pemain tengah veteran Zoltan Gera melepaskan sepakan kencang pada minit ke-19 yang tidak dapat dibuat apa-apa oleh penjaga gawang Portugal, Rui Patricio.



Nani menyamakan kedudukan melalui hantaran baik Ronaldo pada minit ke-42.



Perlawanan itu menjadi rancakn dengan empat gol dalam 20 minit pada babak kedua, dengan dua kali Hungary mendahului sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >