Euro 2016: Russia tumpas 2-1 pada Slovakia

PARIS: Mereka menunggu lama untuk menjaringkan gol terhadap Russia jadi bayangkan kegembiraan Slovakia apabila dua datang dalam tempoh 13 minit dalam perlawanan Kumpulan B Euro 2016 pada Rabu (15 Jun).

Pengerak kemenangan itu ialah tangkal Slovakia, Marek Hamsik, yang visinya mencipta gol pertama oleh pemain sayap Vladimir Weiss pada minit ke-32, sebelum beliau sendiri menyumbatkan satu gol beberapa saat sebelum wisel separuh masa.

Dua gol itu kelihatan selamat bagi Slovakia kerana Russia bergelut untuk mewujudkan sebarang risiko ketara selepas rehat.

Namun, pemain gantian Denis Glushakov merapatkan jurang degan gol pada minit ke-80.

Itu membuat pertahanan Slovakia kelam-kabut, mentelah mereka terpaksa bertahan sedang Russia terua mengasak untuk memburu gol kedua.

Bagaimanapun, tidak ada drama saat akhir bagi Russia dan Slovakia mengecap kemenangan bersejarah.

Dengan keputusan itu, Russia diambang penyingkiran kerana hanya mendapat satu mata daripada dua perlawanan. Kemenangan ke atas Wales dalam perlawanan seterusnya pada Selasa pun belum tentu menjamin ia dapat terus melangkah.

Slovakia masih mempunyai harapan mara ke pusingan 16 terakhir jika mereka mengalahkan atau seri dengan England. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.