Euro 2016: Sepanyol akhirnya berjaya tewaskan Czech 1-0

TOULOUSE: Sekian lama ia kelihatan seperti satu lagi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan mengecewakan bagi Sepanyol kerana walaupun mereka terus menyerang, gol tidak kunjung tiba.

Namun tiga minit sebelum tamat perlawanan menentang Republik Czech pada Isnin (13 Jun), pemain terbaik di padang mencipta peluang yang membolehkan Gerard Pique menanduk bola masuk.

Hantaran silang Andres Iniesta dimanfaatkan Pique dengan baik dan Sepanyol akhirnya memulakan Euro 2016 dengan kemenangan 1-0.

Beberapa pemain Czech rebah apabila wisel penamat ditiup, kerana tidak dapat menanggung dikalahkan oleh satu gol tunggal pada lewat perlawanan.

Namun, walaupun mereka mempunyai beberapa peluang, juara bertahan Sepanyol yang menguasai perlawanan dan wajar mendapat tiga mata.

Penjaga gawang Sepanyol, David de Gea, yang terpilih diturunkan daripada Iker Casillas walaupun dikatakan terlibat dalam satu kes serangan seksual pada Jumaat, tidak perlu menyelamatkan sembarang bola kecuali pada minit ke-45. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.