Everton atasi Stoke melalui penalti

PENJAGA gawang Tim Howard muncul wira Everton selepas menyelamatkan sepakan penalti Marco Van Ginkel, sekali gus membantu Everton menewaskan Stoke City dalam perlawanan oertama Trofi Barclays Asia di Stadium Negara sebentar tadi.

Kededua pasukan dari Liga Perdana England itu gagal membolosi gawang satu sama lain dalam tempoh perlawanan biasa dan sepakan penalti terpaksa diadakan untuk menentukan siapakah yang bakal bermain dalam final Sabtu ini.

Phil Jagielka kemudian menyumbatkan tendangan penaltinya untuk memberikan Everton kemenangan 5-4. Everton kini akan menentang pemenang perlawanan antara Arsenal dengan Pasukan Pilihan Singapura yang masih berlangsung sekarang sementara Stoke pula menentang pasukan yang kalah.

Stoke mempunyai peluang terbaik dalam babak pertama sementara gol jaringan penyerang Everton, Romelu Lukaku, sejurus sebelum rehat tidak disahkan kerana 'offside'.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.