Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Everton jaring gol lewat untuk ikat Tottenham 1-1

Apr 04, 2023 | 11:25 AM



LIVERPOOL: Michael Keane menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 bagi Everton untuk merosakkan peluang Tottenham Hotspur bersaing bagi empat tempat teratas dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Selasa.

Ini bermakna perlawanan pertama bagi Cristian Stellini sebagai pengurus sementara Spurs, berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Jika menang, Spurs boleh melonjat ke tangga ketiga EPL. 

Spurs membuka tirai jaringan menerusi Harry Kane, yang menyumbat gol menerusi tendangan penalti.

Ini selepas Kane sendiri dikasari oleh Abdoulaye Doucoure yang diperintah keluar padang.

Namun, Spurs gagal mengambil kesempatan kelebihan pemain itu. 

Malah, ia juga terpaksa menyudahkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Lucas Moura turut dilayangkan kad merah, dua minit seelum perlawanan tamat.

Perkembangan itu bak memberi rangsangan tambahan kepada Everton, dengan Keane membuat percubaan dari jauh dalam masa kecederaan untuk menjaringkan gol penyamaan dan mengutip mata penting bagi Everton.

Keputusan seri itu mencukupi untuk mengheret anak didik Sean Dyche keluar dari kedudukan di kaki liga dan ke tangga ke-15 yang lebih selamat.

Buat masa ini, Spurs mempunyai sama mata dengan Newcastle dan Manchestter United untuk merebut tangga keempat, tetapi ia telah beraksi dalam dua lagi perlawanan.

“Selepas menerima kad merah, Everton bermain lebih agresif daripada kami,” kata Stellini selepas perlawanan itu, di mana Spurs sekali lagi gagal menang di stadium lawan bagi enam perlawanan berturut-turut.

“Kami harus bermain sebagai satu pasukan walau di tempat sendiri atau di tempat lawan,” ujarnya.

Stellini menjadi pengurus sementara selepas Antonio Conte dipecat.

Nasib Conte di kelab itu ‘tertulis’ selepas beliau mengeji sebahagian pemainnya menyusuli perlawanan dengan Southampton, apabila Spurs mensesiakan kelebihan dua gol dan diikat seri 3-3.

Namun, kehadiran Stellini tidak memberikan kesegaran yang diingini dalam cara permainan Spurs, dengan Kane terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam 15 minit pertama.

Menyusuli itu, kededua pasukan cuba menembusi benteng lawan, tetapi percubaan biasanya dipatahkan di midfiled.

Keadaan bak lebih ketara bagi Everto, yang telah menjaringkan jumlah gol paling rendah berbanding kelab-kelab lain.

Ketiadaan  Dominic Calvert-Lewin – yang cedera – sekali lagi mendedahkan kekurangan Everton dalam bentuk penjaring gol.

Idrissa Gueya seharusnya mengumpan bola ke seorang rakan pasukan yang berada di posisi lebih baik untuk menjaringkan gol, tetapi beliau memilih membuat rembatan kencang yang terbabas.

Rasa hampa kededua kumpulan pemain dicerminkan apabila Doucore menyepak Kane di pipinya selepas kededua pemain itu bertembung.

Pengadil tiada pilihan lain dan melayangkan kad merah kepada warga Perancis itu.

Namun, kelebihan pemain itu tidak dapat dimanfaatkan oleh Spurs, yang terpaksa bergantung pada penalti yang dijaringkan oleh Kane untuk mendahului lawan.

Sebaliknya, corak perlawanan berubah dan berpihak kepada Everton selepas Moura diperintah keluar padang dan Keane menyelamatkan pasukannya dengan rembatan kencang yang tidak boleh diselamatkan penjaga gawang. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >