Everton tolak lagi tawaran Chelsea bagi Stones

LONDON: Pengerusi Everton, Bill Kenwright, mendedahkan semalam bahawa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah menolak permintaan Chelsea untuk mendapatkan John Stones.

Stones awal minggu ini secara rasmi menyatakan hasrat meninggalkan Goodison Park untuk pindah ke Chelsea sebelum jendela pemindahan ditutup pada 1 September.

Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan kecewa kerana Everton telah menolak tawaran ketiga sekitar £30 juta ($65 juta) daripada Chelsea, juara EPL musim lalu.

"Kelab Bola Sepak Everton telah menolak permintaan pemindahan daripada John Stones," kata Kenwright di laman web Everton. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.