F1: Grand Prix Singapura tahun depan pada 1 Okt

PARIS: Grand Prix Singapura akan bertukar tarikh dengan perlumbaan Malaysia dalam jadual perlumbaan Formula Satu tahun depan, yang dikeluarkan pada Khamis (29 Sep).

Satu-satunya perlumbaan malam penuh F1, Grand Prix Singapura biasanya diadakan pada September, dua minggu selepas Grand Prix Italy, penutup tirai perlumbaan Eropah.

Tetapi tahun depan, ia akan berlangsung pada 1 Oktober, dua minggu selepas Grand Prix Malaysia pada 17 Sept di Sepang.

Ia akan menjadi kali pertama Grand Prix Singapura diadakan pada Oktober, memandang sembilan perlumbaan sebelum ini berjalan pada September.

Tiada perlumbaan baru ditambah bagi musim 2017 F1 dan perubahan utama setakat ini hanyalah pada tarikh perlumbaan.

Grand Prix Jerman, Canada dan Brazil disenaraikan sebagai tertakluk pada pengesahan dalam kalendar sementara 21 perlumbaan itu. - AFP, Reuters

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:16
Asar
4:39
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,013.120 -11.950