Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1: Lewis Hamilton juara Brazil, heret kejohanan dunia ke perlumbaan terakhir

Nov 14, 2016 | 07:46 AM



SAO PAULO: Juara dunia Formula Satu musim ini akan ditentukan hanya pada perlumbaan terakhir selepas Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Brazil, mengalahkan Nico Rosberg, pada Ahad (13 Nov) malam.



Perlumbaan di Abu Dhabi dua minggu dari sekarang akan menjadi pertarungan kejohanan dunia antara dua rakan sepasukan Mercedes itu, setelah juara bertahan Hamilton terselamat dalam perlumbaan yang berkali-kali diganggu oleh hujan lebat dan kemalangan.



Rosberg kini perlu menduduki tempat nombor satu pada perlumbaan terakhir pada 27 Nov itu untuk mencapaikan kemenangan dunia pertamanya.



Pemandu dari Jerman itu seharusnya telah menjadi juara dunia jika beliau memenangi perlumbaan di Brazil itu, yang dijuarainya pada 2014 dan 2015.



Namun, Hamilton, juara dunia tiga kali, menunjukkan semua tekad dan kemahirannya untuk memandu hampir sempurna dalam keadaan sukar.



Remaja Belanda, Max Verstappen, bagaimanapun, boleh dikatakan menunjukkan prestasi paling menakjubkan apabila beliau pulih daripada jatuh ke tempat ke-16 selepas perubahan tayar lewat untuk memenangi tempat ketiga dengan beberapa pecutan berani pada pusingan terakhir. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >