F1: Vettel akan bermula di petak pertama di Grand Prix Singapura esok

PEMANDU Ferrari, Sebastian Vettel, akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura Singapore Airlines malam esok di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas, iaitu waktu rekod 1 minit 39.491 saat, di sesi kelayakan di Litar Marina Bay tadi.

Ini merupakan kali keempat beliau berjaya merebut kedudukan itu di Litar Marina Bay.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen (1:39.814), akan bermula di petak kedua malam esok manakala rakan sepasukannya, Daniel Ricciardo (1:39.840) pula akan bermula di petak ketiga.

“Macam tak boleh percaya, saya suka litar ini. Keretanya hidup di litar dan semakin malam, semakin baik,” kata Vettel.

Oleh kerana Litar Marina Bay berliku-liku dan sempit, peluang untuk pemandu memotong pemandu lain juga kecil.

Dengan itu, pemandu yang bermula di petak pertama selalunya menikmati kelebihan berbanding pemandu lain di sini.

Seramai tujuh daripada sembilan pemandu yang bermula di petak pertama dalam Grand Prix Singapura sejauh ini memenangi perlumbaan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 50
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.