Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Falcao dilapor setuju dipinjamkan ke Chelsea

Jul 01, 2015 | 06:07 PM



LONDON: Juara Liga Perdana England (EPL), Chelsea, dijangka mengesahkan perjanjian untuk mendapatkan khidmat Radamel Falcao, melalui pinjaman daripada kelab bintang Colombia itu, AS Monaco, dalam beberapa hari ini.


Falcao dipercayai sudah pun bersetuju dengan butir-butir peribadi yang akan menyaksikan pemain yang digelar 'El-Tigre' itu menerima gaji £130,000 ($275,000) seminggu di Stamford Bridge.


Perjanjian itu 'tergendala' seketika sementara pemain penyerang itu - yang melalui tempoh yang mengecewakan sepanjang dipinjamkan ke Manchester United musim lalu apabila lebih banyak memanaskan bangku pemain simpanan dan sekadar menyumbatkan empat gol - menyarung jersi negaranya di Copa Amerika.


Dengan pembabitan Colombia berakhir hujung minggu lalu selepas tersingkir di suku akhir di tangan Argentina, kededua pihak difahami sudah pun mencapai persetujuan.


Malah, bintang berusia 29 tahun itu sudah pun diminta supaya melaporkan diri di sesi latihan pramusim Chelsea di Montreal, pada 19 Julai nanti - empat hari selepas pasukan pimpinan Jose Mourinho terbang ke kota Canada itu.


Seperti para pemain lain yang beraksi dengan negara masing- masing di kejohanan antarabangsa pada musim panas ini, Falcao diberi tempoh rehat lebih lama sebelum menyertai latihan kelab.


Dengan jentera serangan pasukan diperkukuh dengan kehadiran Falcao - yang pernah dianggap antara pemain penyerang paling berbisa dunia sebelum kecederaan serius pada lututnya menjejas prestasinya - Mourinho dilaporkan turut menimbangkan sama ada mahu meningkatkan tawaran bagi penjaga gawang Stoke City, Asmir Begovic - sebagai pengganti Petr Cech yang berpindah ke Arsenal.


Tawaran awal sebanyak £6 juta yang dibuat Chelsea ditolak oleh kelab itu dengan Stoke menilai penjaga gawangnya itu sekitar £10 juta.


Begitupun Chelsea masih berusaha meyakinkan Begovic untuk menyertai The Blues sebagai penjaga gawang nombor dua - di belakang penjaga gawang utama, Thibaut Courtois.


Begovic turut mendapat minat Aston Villa, yang tidak seperti Chelsea, boleh menawarkan pemain itu tempat dalam kesebelasan utama pasukan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >