Falcao dipinjamkan ke Man U

LONDON: Bintang Colombia, Radamel, Falcao akan menyarung jersi Manchester United musim ini setelah kelab Liga Perdana England itu mengikat perjanjian pinjaman dengan AS Monaco untuk mendapatkan khidmat penyerang itu, menurut BBC.

Pemain berusia 28 tahun itu telah dikaitkan dengan Old Trafford sepanjang musim panas lalu, selang setahun menyertai Monaco - kelab Liga Satu Perancis - dengan harga £50 juta ($103 juta).

Falcao menjaringkan 11 gol dalam 20 perlawanan untuk Monaco, sebelum beliau mengalami kecederaan lutut yang menyebabkan beliau digugurkan dari skuad Piala Dunia Colombia Jun lalu.

Beberapa lagi kelab dijangka mengumumkan anggota skuad baru sebelum tempoh peralihan pemain berakhir dalam tempoh 12 jam.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.