TUNGGAK pasukan, Safuwan Baharudin, sekali lagi muncul sebagai wira kemenangan LionsXII apabila menyumbatkan dua gol semasa kemenangan 3-2 ke atas Terengganu dalam satu perlawanan Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar kelmarin.
Malah, beliau menjadi pemain paling penting di skuad Fandi Ahmad dalam kempen Piala Malaysia selepas menjaringkan dua gol ke atas Johor Darul Takzim II (JDTII) 19 September lalu.